9 kilang musnah dalam kebakaran

Sungai Buluh,Mac.
Sejumlah sembilan kilang musnah dalam kebakaran di Jalan Industri 5, Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 petang.

Menurutnya, seramai 54 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Damansara, BBP Rawang, BBP Selayang, BBP Batu Arang, BBP Sungai Pinang dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

Kebakaran membabitkan lima kilang kelas B, dengan api marak menyebabkan kemusnahan 80 peratus.Usaha memadamkan kebakaran dijalankan sebelum api berjaya dikawal pada 7.40 malam dan api hanya berjaya dipadamkan jam 4.16 pagi, pada Selasa,” katanya dalam kenyataan. malam,katanya dalam kenyataan.

Ahmad Muklis berkata, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here