Permohonan pengampunan Najib ditangguh pada mesyuarat akan datang

Kuala Lumpur, Sep-

Permohonan pengampunan bekas perdana menteri, Najib Razak, ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya, yang diadakan hari ini.

Dalam kenyataan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat akan datang.

“Seri Paduka Baginda juga berkenan supaya permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak,” katanya hari ini.

Kenyataan itu berkata, Seri Paduka Baginda turut berkenan membebaskan seramai 65 banduan pada 11 September 2026.

“Semua banduan bukan warganegara dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh enam bulan selepas dibebaskan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here