Petugas media masakan dijamu Patin tempoyak

KUALA LUMPUR –
Hari ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjamu petugas media dengan lebih istimewa apabila baginda perkenan mengurniakan nasi berlauk ikan patin masak tempoyak, yang dibawa khas dari Temerloh untuk jamuan tengah hari.

Sumbangan disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dari Restoran Temerloh Catering, Temerloh, Pahang.

Lebih istimewa petugas media turut berpeluang merasai biskut hasil air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selain itu sebuah van Milo dan Nescafe turut disediakan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membekalkan air milo kepada pengamal media di sini, yang bertugas di bawah sinaran terik matahari, sejak 9 pagi lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here