Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada 2 Mac

KUALA LUMPUR –

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dicadangkan pada 2 Mac tidak akan berlangsung.

Menurut Mohamad Ariff, beliau telah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai cadangan mesyuarat itu.

“Namun demikian saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) oleh kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) , pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan olehnya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Setakat ini tiada notis dikeluarkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here