Majlis Raja-Raja dijangka mengadakan satu mesyuarat khas di Istana Negara esok.
Menurut sumber, raja-raja Melayu dijangka menghadiri mesyuarat khas berkenaan, antaranya Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.
Turut dipercayai akan berangkat menghadiri mesyuarat khas itu ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.
Difahamkan, mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan perkembangan politik semasa susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada PH.
Pada Isnin, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh.