Penjawat awam disaran kekal ‘apolitical’ dan berkecuali – Cuepacs

Presidennya Adnan Mat berkata rakyat, khususnya penjawat mesti terus menjunjung dan mempertahankan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan.

“Semua penjawat awam juga perlu bertenang dan bersabar serta memberi fokus sepenuhnya dengan meneruskan tugas mengikut undang-undang bagi memastikan semua sistem penyampaian kerajaan terus berjalan lancar.

“Perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat mestilah diteruskan walaupun dalam situasi negara yang belum ada kerajaan tetapi sebenarnya penjawat awam penuh komitmen untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan negara bagi memastikan negara sentiasa aman dan damai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adnan berkata, Cuepacs turut mengambil pendirian berdiri teguh dan menyokong sepenuhnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here