Bekas tentera maut tertembak ketika memburu babi

Disangkakan seekor haiwan buruan, seorang bekas anggota tentera maut apabila terkena tembakan rakannya sendiri dengan menggunakan senapang patah di Kampung Gong Genor di sini, semalam.mbakan rakannya sendiri dengan menggunakan senapang patah di Kampung Gong Genor di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Sazuki Mohd Safafi’i, 48, maut selepas terkena sebutir peluru penabur di bahagian dada dalam kejadian pukul 7.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Muhammad Piah berkata mangsa dikatakan ke kawasan berkenaan bagi memburu babi selepas dipanggil oleh penduduk kampung.

Beliau berkata ketika dalam perjalanan ke kawasan berkenaan mangsa bersama rakannya berusia 69 tahun telah terserempak dengan seekor babi.

“Mangsa dikatakan keluar daripada kenderaan dan meninjau kawasan bagi mengesan babi yang melintas di hadapan kenderaan itu.

“Bagaimanapun, ketika itu rakannya yang dikatakan melihat kelibat pergerakan di dalam semak menyangka itu adalah haiwan buruan dan terus melepaskan tembakan sehingga terkena mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here