Kejadian tanah mendap hadapan kondo mewah di KL

Sebuah lubang akibat tanah mendap telah ‘menelan’ tembok yang memagari pangsapuri mewah di Taman U Thant, hanya beberapa meter dari bangunan kediaman utama.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Skuad Penyelamat DBKL bergegas ke lokasi di 16, Jalan Taman U Thant.

“Siasatan dan pemantauan mendapati pokok dan tiang kabel telekom yang terdapat di lokasi hampir tumbang.

DBKL juga memaklumkan penutupan jalan di situ kerana khuatir akan membahayakan keselamatan kepada awam.

“Agensi sahabat yang berkaitan (Air Selangor) telah dimaklumkan berhubung kejadian tersebut bagi tindakan lanjut.

“Orang awam dinasihati untuk tidak melewati kawasan berkenaan dan mematuhi penanda yang telah letakkan,” katanya lagi.

Menurut alat ukuran Google Earth, lubang mendapan tanah di tembok kawasan itu terletak kira-kira 15 meter dari kediaman pangsapuri.

Pangsapuri empat bilik itu berkeluasan 3,800 kaki persegi sehingga 5,554 kaki persegi.

Harga urus niaga bermula daripada RM2.38 juta ke RM4.5 juta dan sewa sebulan boleh mencecah RM15,000.

Portal harta tanah menggambarkan hartanah itu sebagai “pembangunan berkepadatan sangat rendah yang disasarkan secara eksklusif untuk golongan kelas atasan.”

Kejadian itu berlaku ketika hujan lebat pada hujung minggu di Lembah Klang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here