22,597 kes covid- Kematian 252

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 22,597 kes Covid-19 dan 252 kematian setakat hari ini. Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah jangkitan kini adalah 1,685,510.

Hisham berkata, terdapat 19,492 kes pulih, menjadikan jumlah mereka yang sembuh dari Covid-19 menjadi 1,401,160. Terdapat 268,548 kes aktif dengan 986 pesakit dirawat dalam rawatan intensif dan 451 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 252 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 15,802. kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here