Jangan campur urusan mahkamah dan gugur kes pendakwaan – Annuar Musa

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata semua pihak perlu menghormati sistem peraturan perundangan dan pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampur-adukkannya dengan kepentingan politik.

“Walau bertukar kerajaan, sistem peraturan perundangan tetap berjalan seperti biasa… maka sebagai pihak eksekutif tidak boleh campur tangan… kalau kita hormati konsep itu maka tiada kebimbangan.

“Kalau kita campur tangan dengan menarik balik kes mereka yang didakwa, rakyat akan kata kerajaan tidak hormati undang-undang dan badan kehakiman tidak bebas, maka jangan sampai konsep itu ternoda,” katanya .

Beliau berkata demikian selepas menjadi panel jemputan bersama Pengerusi Biro Dasar dan Strategi BERSATU Datuk Dr Rais Hussin dalam program ‘BERNAMA 7.45’, terbitan Bernama TV, yang bertajuk ‘Hala Tuju dan Cabaran Perdana Menteri ke-8’ di sini malam ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya wujud tuduhan-tuduhan yang bermotifkan politik yang menyaksikan pemimpin diheret ke mahkamah tanpa bukti dan asbab kukuh, maka ia perlu dihentikan.

Annuar berkata dalam masa sama terpulang kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada mahu melantik mereka bagi melengkapkan barisan kabinet mengikut pertimbangan dan kewajaran beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here