KP Kesihatan puji doktor Hospital Pantai untuk tindakan segera COVID-19

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata walaupun Dr Sanjiv diuji negatif bagi COVID-19, beliau terus kuarantin dirinya semasa tempoh inkubasi kerana ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.

“Dr Sanjiv merawat Kes 29 (wanita berusia 35 tahun yang berkongsi bilik dengan Kes  24) yang kemudiannya diuji positif COVID-19. Dr Sanjiv kemudian sukarela menjarakkan dirinya bagi tempoh 14 hari (daripada orang awam), saya berharap semua kontak rapat beliau akan meniru tindakan beliau untuk melakukan apa yang betul,” katanya.

Terdahulu, tular mesej WhatsApp yang meminta orang ramai untuk menghindari (Hospital) Pantai Bangsar bagi tempoh 10 hari akan datang, yang Dr Sanjiv sedang menjalani kuarantin kerana seorang daripada pesakitnya (Kes 29) dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur dijangkiti coronavirus daripada Kes 24.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here