COVID 19: Pejabat KWSP di KL ditutup

KUALA LUMPUR : Cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut ditutup buat sementara waktu.  Pejabat akan beroperasi semula Isnin (16 Mac) depan untuk memberi laluan kepada proses pembersihan dan nyahkuman.

Seorang pencarum KWSP didakwa postif COVID-19 pada 3 Mac lalu, namun tiada sebarang pengesahan sama ada pesakit sudah dijangkiti dengan wabak itu sebelum berurusan di pejabat agensi berkenaan.

Kami telah mengenal pasti pegawai KWSP yang berkemungkinan terdedah kepada ahli itu dan menghantar mereka untuk menjalani pemeriksaan. Pegawai lain dari pejabat itu juga dikuarantin. KWSP sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjutan.

KWSP sudah mengambil langkah awal pencegahan sejak bulan lalu untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada jangkitan Covid-19.

Semua kaunter dan permukaan yang terdedah di premis KWSP dibersihkan secara berterusan sepanjang hari. Pegawai kaunter juga dikehendaki membersihkan tangan mereka setiap 30 minit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here