Orang ramai perlu elak pembelian panik

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta melihat Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytiharkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam daripada sudut positif dan memastikan aktiviti mereka seiring dengan objektif perintah itu untuk mengekang wabak COVID-19.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, oleh itu orang ramai perlu membataskan pergerakan di luar rumah masing-masing selain mengelakkan pembelian panik.

Tujuan membataskan pergerakan di luar rumah adalah untuk mengelakkan orang ramai daripada berlakunya kontak dengan individu lain.

“Dalam keadaan sekarang, (masyarakat) perlu lebih banyak berada di rumah, kalau perlu pergi ke kedai, ia untuk membeli barang keperluan sahaja.

“Jangan ambil kesempatan untuk bersiar-siar bagi mengelakkan virus (COVID-19) ini daripada merebak dengan lebih mudah,” katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan para peniaga untuk tidak mengambil kesempatan dan mengeruhkan keadaan dengan menaikkan harga barangan.

Rantaian makanan bergerak seperti biasa kerana setakat ini dari segi pergerakan barangan tidak mempunyai apa-apa kawalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here