Restoran, kedai makan terus beroperasi

PUTRAJAYA: Restoran, kedai makan akan terus beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa mulai esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata pelanggan hanya dibenarkan untuk membungkus atau membuat permintaan makanan ke tempat masing-masing.

Jarak yang selamat antara individu adalah motif utama perintah ini dilaksanakan. Oleh itu, pemilik restoran digalakkan untuk membuat perkhidmatan penghantaran bagi memudahkan orang awam.

Peniaga diarahkan untuk menambah bekalan keperluan dengan segera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here