Soosaimanicckam didiskriminasi, cuti sakit ditolak – Saksi

Kuala Lumpur, Mac.
Mahkamah Sesyen semalam diberitahu bahawa Pegawai Kadet Tentera Laut,  J.Soosaimanicckam yang meninggal dunia ketika menjalani latihan, diserang seorang pegawai kanan di pangkalan tentera laut KD Sultan Idris sebelum kematiannya, enam tahun lalu.

Bekas kadet di pangkalan sama, Anas Hakimi Mat @ Ahmad, ketika memberi keterangan mendakwa beliau melihat pegawai Leftenan Muda Ariff atau ‘Ariff’ duduk di atas perut Soosaimanicckam dan menamparnya berulang kali sehari sebelum kematian mangsa.

Anas Hakimi yang kini seorang peguam berkata, beliau dan beberapa individu sedang melakukan senaman fizikal ketika kejadian itu.Ketika memberi keterangan dalam kes saman atas kecuaian, oleh keluarga mendiang terhadap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan beberapa pihak lain, Anas Hakimi berkata, kehadirannya bertujuan mendapatkan keadilan bagi Soosaimanicckam.

“Pada Jumaat, iaitu sehari sebelum kematian mangsa, Ariff duduk di atas perut mangsa dan menampar mukanya berulang kali.”Pada hari kejadian, kami berada di situ dan dia (Soosaimanicckam) dipukul. Hampir semua yang menghadiri latihan, melihat dia dipukul,” katanya.

Saksi itu berkata, seorang pegawai bernama ‘Mejar Rahim’ tiba di tempat kejadian dan mengawal keadaan.

Anas berkata, mendiang didakwa menjadi sasaran kerana tidak dapat bersaing dengan pelatih lain dalam latihan kadet tentera laut, selain didiskriminasi oleh pihak atasan di KD Sultan Idris.

Beliau berkata, kadet itu ingin mengambil cuti sakit tetapi pegawai bertugas, Faiz Zanila didakwa menolak permohonannya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here