Ramai pulang ke kampung, Perintah Kawalan Pergerakan

KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula tengah malam rabu bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Beberapa lokasi iaitu stesen pengangkutan awam dan balai-balai polis menjadi tumpuan orang ramai yang mahu bergerak pulang ke kampung halaman.

Tindakan mereka yang berpusu-pusu menyerbu balai-balai polis dan stesen pengangkutan awam seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sehingga menimbulkan kesesakan untuk mendapatkan borang rentas negeri bagi membolehkan mereka bergerak keluar sebelum perintah itu dikuatkuasakan mulai 18Mac hingga 31 Mac.

Diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, Perintah Kawalan Pergerakan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, antara lain bertujuan mengehadkan pergerakan orang ramai bagi menyekat penularan COVID-19.

Namun, kesesakan yang berlaku dan ramai orang berada di tempat awam pada satu-satu masa itu berkemungkinan boleh meningkatkan lagi jumlah kes penularan COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here