Ucapan takziah kematian mangsa COVID-19 oleh Agong, Permaisuri

KUALA LUMPUR: Dua mangsa COVID-19 telah meninggal dunia semalam. Hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dua mangsa.

Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi kerajaan yang berkaitan, khususnya petugas di barisan hadapan yang berkerja dengan semangat tinggi tanpa mengira penat lelah.

Seri baginda turut berharap supaya rakyat Malaysia terus berdoa bersama baginda supaya usaha membendung wabak COVID-19 dipermudahkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here