FKPB akur arahan dan larangan kepada NGO yang bantu penerima bantuan

Federasi Kebangsaan Pekerja Belia Malaysia (FKPB) akur kepada arahan Kerajaan bahawa penglibatan NGO dalam menyalurkan bantuan bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu di serahkan dan di selaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dalam tempoh 24 berlaku banyak perdebatan dan bantahan terhadap arahan tersebut dan larangan yang di tetapkan. Di pihak NGO merasakan laungan “Working Together” tidak memberi apa-apa makna.

FKPB percaya larangan ini pastinya bersebab. Mungkin ada satu dua NGO dan beberapa parti politik yang turun ke lapangan tanpa mematuhi arahan dan langkah-langkah keselamatan menjadi penyebab perkara ini berlaku. Jika ini sebabnya, di harapkan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mahupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) dalam penyaluran bantuan semasa krisis sebegini.

FKPB berasakan eloklah semua NGO akur kepada arahan dan larangan yang diumumkan itu. Kita perlu mempunyai keyakinan bahawa pegawai

JKM pelbagai peringkat dan anggota RELA dan JPAM cukup terlatih dalam hal-hal begini. Sukarelawan NGO perlu belajar dari agensi terlatih seperti yang di sebutkan.

NGO di seru untuk tidak merasakan ini suatu halangan. Kita perlu tahu bahawa kewujudan NGO hanyalah mahu menyumbang kepada kesejahteraan bersama. Jangan berhenti untuk cari idea dan jalan membantu. Hidup sebagai aktivis masyarakat memang sentiasa penuh tentangan. Bukan perkara baru!

Namun, kami juga menyeru kepada kerajaan agar segera memanggil kami untuk membantu jika keadaan memerlukan dan mendesak. Kami bersedia 24/7 demi negara dan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here