Kadar pengangguran disasar turun hingga tiga peratus – Sivakumar

Kuala Lumpur, Dis 11.
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, kadar sasaran itu mampu dicapai dalam tempoh setahun.

Kementerian Sumber Manusia menyasarkan kadar pengangguran menurun kepada tiga peratus tahun hadapan, berbanding 3.4 peratus yang dicatatkan pada tahun ini.

“Sasaran pengurangan kepada tiga peratus tahun hadapan adalah sesuatu yang baik dalam konteks ekonomi dan kadar itu dikira mencapai guna tenaga penuh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here