OUM buka peluang pengajian menggunakan pengalaman pekerjaan

Para graduan OUM

PETALING JAYA: Open University Malaysia (OUM) membuka peluang untuk mendapatkan kemasukan ke Universiti dengan menggunakan pengalaman kerja.

Gambar Konvokesyen di OUM

Terdapat lebih daripada 180, 000 pelajar, 80, 000 siswazah dan 48 program di OUM. Pelajar boleh memendekkan tempoh pengajian sebanyak 60% menggunakan pemindahan kredit formal dan tidak rasmi. 

Cik Kalaiarasi Senaya merupakan pembantu akaun di sebuah syarikat logistik dan pengangkutan. Tidak mahu ketinggalan dengan arus kepesatan semasa, beli

Gambar Kalaiarasi, pelajar OUM

au membuat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda dalam bidang perakaunan pada semester Mei 2019 melalui Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Oleh kerana OUM Banting hanya 8 kilometer dari kediaman, peluang ini memudahkannya untuk ke kelas yang hanya 3 kali pada hujung minggu dalam satu semester. Pembelajaran secara atas talian telah membuka matanya kepada teknologi terkini dalam bidang pendidikan zaman sekarang.

Tiada had masa, bila-bila dan di mana saja boleh akses kepada bahan pembelajaran. Fleksibiliti ini sangat memudahkan beliau mengurus masa antara kerja dan belajar.

Tambahan pula, tiada waktu tertentu dalam menjelaskan ansuran bayaran yuran pengajian dalam satu semester. Ini sangat menggembirakan beliau sebagai pelajar.

Kalaiarasi berharap ini menjadi contoh kepada warga kerja muda yang lain kerana pengetahuan yang diperoleh, bukan saja mampu meningkatkan pengetahuan dalam bidang kerja, malah membantu syarikat mencapai visi yang ditetapkan seterusnya membuka peluang kepadanya posisi yang lebih baik di masa akan datang.

Gambar Kesavavrthini Genisnin, graduan OUM

Kesavavarthini Genisnin,26 yang bekerja sebagai pengurus keselamatan dengan syarikat minyak dan gas. Dia juga memutuskan untuk mengikuti program ijazah sarjana muda dengan OUM

“Ini merupakan satu-satunya cara untuk saya terus maju dalam karier saya”, katanya

Dia berkata ibunya yang mendorong dia untuk melanjutkan pelajaran dan dia gembira kerana dapat berjaya Ibunya juga seorang pelajar OUM dan contoh yang terang bahawa pembelajaran adalah proses sepanjang hayat yang harus dilakukan oleh semua orang untuk peningkatan peribadi dan profesional.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian yang dinyatakan dalam gambar di bawah:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here