Pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah, Selangor telah berjaya menahan seramai 21 orang yang terlibat dalam kes samun di empat kedai emas berturut-turut.
Pihak polis menerima beberapa aduan daripada orang awam mengenai kejadian samun kedai emas di sekitar Lembah Klang yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang, kapak dan tukul besi.
Kejadian samun yang berlaku pada bulan 16 Mei 2021 yang berlaku di kedai emas Lionn, Pasaraya Ongtai Kim, Setapak, melibatkan kerugian sebanyak anggaran RM 600,000.
Kejadian kedua pula berlaku seminggu setelah insiden pertama iaitu 22 Mei 2021 di kedai emas Pooi Li, Sri Kembangan melibatkan kerugian berjumlah RM 34,000.
Sementara kejadian yang ketiga berlaku pada 22 August 2021 di kedai emas Chiang Heng Jalan Metro Perdana, Kepong melibatkan kerugian berjumlah anggran 45,000.
Baru-baru ini kejadian samun pada 8 September di Kedai Emas Permata Cahaya Dewi, Gombak melibatkan kerugian RM 200,000.
Kumpulan ini melakukan samun ke atas kedai emas dengan bersenjatakan parang, kapak dan juga tukul besi. Ahli kumpulan ini berpura-pura sebagai pelanggan dan membuat pemerhatian ke atas kedai emas yang akan dijadikan sasaran bagi menentukan kelemahan yang ada di premis tersebut. Kumpulan ini akan menggunakan dua buah motosikal serta akan membakar pakaian yang dipakai selepas melakukan samun.
Pasukan polis Jabatan siasatan Jenayah Selangor Menahan seramai 21 lelaki dan dua perempuan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan samun kedai emas ini. Seramai tujuh suspek berperanan melakukan samun, enam daripadanya berperanan pembeli barang kemas, dua suspek berperanan menyimpan hasil samun dan lapan lagi merupakan rakan sejenayah yang mepunyai pengetahuan tentang kegiatan samun berkenaan.
Polis diraja Malaysia telah berjaya menyelesaikan empat kes samun yang baru-baru ini berlaku di kedai emas di sekitar Lembah Klang jika suspek disabit kesalahaan boleh dihukum penjara hingga dua puluh tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Tetapi pihak polis masih sedang mengesan dua lagi suspek yang dikenali sebagai ‘Boy Selayang’ nama sebenarnya Mohd Hafizuddin Bin Roslan yang beralamat di taman Selayang Mutiara dan ‘Atai@ Atailah’ nama sebenarnya Atailah bin Ghazali yang beralamat di Taman Pelangi Jaya, Kuala Lumpur yang dipercayai terlibat dalam kumpulan ini.