Gangguan bekalan air Selangar pulih

KUALA LUMPUR :Bekalan air di tujuh wilayah yang terganggu sejak Jumaat lalu berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor telah dipulihkan sepenuhnya hari ini.

Ketua komunikasi korporat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Halem Mat Som berkata syarikat itu menghargai kerjasama yang diberikan pengguna kepada kakitangannya semasa kerja-kerja pemulihan.

“Gunakan air dengan bijak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, tujuh wilayah mengalami gangguan bekalan air, iaitu Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang / Shah Alam dan Kuala Langat.

Abdul Halem berkata, pengguna digesa memuat turun aplikasi telefon pintar ‘Air Selangor’ di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat mengenai bekalan air.

Mereka juga boleh merujuk ke akaun Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau laman webnya www.airselangor.com.

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here