Yogeswary catat sejarah baru dalam Proton

Seperti yang dimaksudkan dalam peribahasa ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’, para wanita sedang beri tandingan yang hebat kepada golongan lelaki dalam mencatatkan sejarah dalam pelbagai bidang yang mencabar. Pada era modenisasi ini, para wanita sedang mencatatkan sejarah di peringkat dunia dan menjenamakan nama mereka di persada antarabangsa. Seperti mereka juga, seorang wanita berbangsa India, Yogeswary Velumani sedang mencatat nama selama 8 tahun sebagai  pakar dalam bidang komunikasi kejuruteraan elektrik di Syarikat Proton. Makkal Osai telah menemubual beliau yang sedang bekerja di syarikat yang terkenal dalam bidang yang mencabar.

LATAR BELAKANG PERIBADI

Tempat asal beliau ialah Banting. Bapanya Velumani, ibunya Thanaletchumi dan beliau merupakan anak bongsu dalam kalangan dua orang kakak dan dua orang abang. Beliau memulakan persekolahan beliau di Sekolah Tamil meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Banting. Beliau telah melanjutkan pengajian tinggi di Kolej KDU dalam bidang kejuruteraan elektrik.

MENGAPAKAH ANDA MEMILIH BIDANG INI?

“Ketika zaman persekolahan, saya mempunyai keinginan untuk menjadi doktor dan ibu bapa juga telah memberi persetujuan kepada keinginan saya. Malah selepas tamat pengajian di sekolah menengah keputusan saya dalam beberapa subjek yang penting untuk kedoktoran tidak baik dan saya mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik. Saya memilih kejuruteraan selepas mendapat tahu bahawa saya mempunyai kemahiran dalam Matematik”, kata Yogeswary.

BAGAIMANA IBU BAPA BERSETUJU?

“Selepas membuat keputusan, saya telah memberitahu kepada ibu bapa saya. Pada mulanya, bapa enggan beri persetujuan untuk pengajian ini tetapi saya telah menerangkan keinginan saya kepadanya. Ketika itu, ibu telah memberi sokongan penuh kepada saya dan juga membantu mendapat persetujuan daripada ayah. Selepas itu, ayah telah bersetuju dan mendaftar saya di kolej ini”, katanya.

PELUANG PEKERJAAN DI PROTON?

“Selepas tamat semester terakhir dan semasa menunggu keputusan, saya mendapat tahu tentang ekspo kerjaya di Kuala Lumpur melalui alumni kolej saya dan telah pergi ke ekspo tersebut. Di situ saya menuju ke  tempat yang berkaitan dengan bidang pelajaran saya iaitu komunikasi kejuruteraan dan bertemu dengan syarikat Proton dan telah membuat permohonan kerja di situ”, kata Yogeswary.

“Saya sangat bernasib baik kerana saya telah dipanggil untuk  temuduga mengenai pengetahuan am  dan diminta untuk menunggu selama 2 bulan. Selepas 2 bulan, saya sekali lagi dipanggil untuk satu lagi temuduga. Selepas temuduga itu, saya diminta tunggu sebulan untuk mengetahui keputusan. Saya tidak faham apa-apa pada masa itu dan menunggu keputusan selama sebulan. Selepas sebulan, saya telah diterima untuk bekerja di sini. Ketika itu baru saya telah memberitahu ibu bapa saya mengenai kerja ini dan mereka sangat gembira mengetahui perkata itu”, tambah beliau.

PENGALAMAN DI PROTON

Yogeswary berkata “semasa zaman persekolahan, kerja rumah merupakan perkara yang mencabar dan saya diberitahu bahawa zaman pekerjaan akan menjadi lebih mencabar daripada kerja rumah. Selepas mula bekerja di sini, setiap hari saya berjumpa dengan 200 hingga 300 jurutera dan kerja saya ialah menyelia mereka. Saya menjadi jambatan antara mereka dan disitu saya telah melangkah ke hadapan. Walaupun, hanya saya seorang yang berbangsa India di sini, semua orang telah terima saya dengan baik dan saya juga menghormati bahasa, budaya dan kepercayaan mereka”.

APAKAH KEJAYAAN ANDA SELAMA 9 TAHUN DI SINI?

“Bekerja di satu syarikat selama 9 tahun menjadi satu kejayaan juga. Program pertama saya di Proton adalah pembuatan kereta Proton Preve. Keseluruhan pembuatan kereta itu dibuat dalam sistem online. Saya mendapat peluang untuk mempelajari kemahiran menggunakan sistem dalam talian ketika itu dan kini kemahiran itu digunakan di pelbagai syarikat. Sejak tahun 2018, saya telah bekerja dengan syarikat perkongsian Proton dan oleh itu, Proton telah menghantar saya ke China beberapa kali”, kata beliau.

APAKAH KOMEN ANDA TENTANG KEHIDUPAN?

Yogeswary berkata bahawa kita mempunyai tanggungjawab sendiri untuk menjalani kehidupan dan tidak harus membuat keputusan dengan kata-kata orang lain. Tiada siapa harus kenalpasti tentang kehidupan golongan wanita. Setiap wanita harus membuat keputusan sendiri untuk menjalani kehidupan.

“Dalam hidup saya, saya telah buat keputusan sendiri dan ibu bapa saya telah menyokong keputusan kerjaya saya”, tambah beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here