KUALA LUMPUR:
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat kekal parpaduan ucapan sempena pembukaan persidangan pertama Parlimen susulan pertukaran kerajaan Mac lepas.
agong turut menyuarakan kekecewaan kerana negara masih berdepan masalah polarisasi kaum.
Sultan Abdullah memulakan ucapan dengan menyorot perkembangan yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan harapan (PH) dan krisis politik yang menyaksikan kelahiran gabungan Perikatan Nasional yang menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Agong berkata, beliau menggunakan kuasa perlembagaan dalam mengatasi krisis yang berlaku dan berharap ia tidak berterusan.