ALORSTAR –
Kerajaan Negeri Kedah memutuskan tarikh baharu sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ditetapkan pada Ahad minggu ketiga bagi setiap Jun .
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata ia akan bermula pada 21 Jun tahun ini .
“Sehubungan itu, Hari Kelepasan Am yang ditetapkan sebelum ini pada 19 Jan, 2020 (Ahad), telah dipinda” katanya dalam satu kenyataan hari ini.