10 ADUN angkat sumpah  

Tujuh nama disebut bakal dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) baharu Kedah, manakala tiga penyandang dilantik semula jawatan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini.

Antara nama-nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas disebut-sebut bakal dilantik sebagai Exco ialah ADUN Tokai, Datuk Dr Mohd Hayati Othman; ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Aishah Ghazali; ADUN Kupang, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad dan ADUN Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim.

Manakala, ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob dari Umno juga disebut-sebut akan menjawat salah satu portfolio pada Majlis angkat sumpah EXCO Kedah itu.

ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee (Bebas) turut dilantik jawatan EXCO Kedah.

Tiga EXCO yang dilantik kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini juga  dilantik untuk memegang jawatan itu, iaitu ADUN Bukit Kayu Hitam, Halimaton Saadiah Saad (Bersatu); ADUN Kuah, Mohd Firdaus Ahmad (Bersatu) dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin (Bebas).

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here