COVID-19: 17,170 KES BAHARU HARI INI

Putrajaya, Jul 29-

Sebanyak 17,170 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 1,078,646 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua negeri mencatatkan kes baharu hari ini dan empat negeri mencatatkan pertambahan empat angka.

Negeri berkenaan ialah Selangor dengan 7,163 kes, Kuala Lumpur (2,138), Kedah (1,212) serta Johor (1,054).

Selain itu, turut mencatatkan pertambahan kes hari ini ialah Negeri Sembilan dengan 884 kes baharu, Sabah (776), Pahang (638), Kelantan (615), Perak (596), Sarawak (582) dan Pulau Pinang (554).

“Bagi Terengganu pula sebanyak 437 kes dilaporkan, Melaka (416), Putrajaya (84), Labuan (11) dan Perlis (10),” katanya dalam Facebook, hari ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here