Gereja terus ditutup hingga PKP ditamat

walaupun kerajaan dalam pengumuman terbaru membenarkan rumah ibadat bukan Islam di kawasan zon hijau dibuka semula pada 10 Jun. Gereja terus ditutup sehingga perintah kawalan pergerakan (PKP) ditamatkan sepenuhnya.

Setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia Hermen Shastri berkata, sama ada gereja akan dibuka semula pada 10 Jun akan dikaji dengan bijaksana apabila tiba masanya.

“Kami berusaha untuk mengutamakan keselamatan orang ramai sebagai tanggungjawab kerohanian terpenting kami. Keadaan terkini masih sangat tidak menentu dan tidak stabil,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Hermen berkata, buat masa ini, perkhidmatan ibadat pada Ahad akan terus ditawarkan menerusi penstriman dalam talian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here