Wang Tak Dituntut kini mencecah RM12.7 bilion

Kuala Lumpur, Mac-
Jumlah baki Wang Tak Dituntut (WTD) yang direkodkan sehingga 31 Januari lalu, mencecah RM12.7 bilion.

Kementerian Kewangan, berkata bagi tuntutan WTD, individu atau waris yang berhak boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian di laman sesawang https://egumis.anm.gov.my/ atau hadir ke kaunter Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) di setiap negeri.

Katanya, kaedah semakan dan tuntutan boleh dirujuk di portal eGUMIS JANM atau kaunter JANM.

Kementerian berkata, JANM mengambil pelbagai langkah untuk memaklumkan mengenai WTD kepada pemilik atau waris, antaranya kempen kesedaran menerusi taklimat dan reruai yang dilaksanakan di program kerajaan dan swasta, seperti Program Madani Rakyat, hari terbuka dan hari pelanggan jabatan kerajaan serta di tempat awam.

“Ini bagi membolehkan orang ramai membuat semakan, sama ada mereka mempunyai wang yang masih belum dituntut.

“Sehingga 2024, sebanyak 158 reruai dan program kesedaran diadakan di seluruh Malaysia untuk memaklumkan orang ramai mengenai kewujudan WTD dan kaedah menuntutnya,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Kementerian berkata, JANM mengambil pelbagai langkah untuk memaklumkan mengenai WTD jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Kementerian menjawab soalan S Kesavan (PH-Sungai Siput) mengenai jumlah terkini WTD dan proses menuntut wang itu serta langkah diambil kerajaan untuk memaklumkan mengenai WTD kepada pemilik atau waris mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here