Covid-19 kematian 346

Sebanyak 346 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM). Berdasarkan maklumat dikeluarkan kementerian itu, ia termasuk satu kematian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sebelum tengah hari semalam.

Manakala yang lain pula adalah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini. Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 105 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Bilangan kematian kini berjumlah 22,355 kes dan kebanyakannya direkodkan di Selangor (96), diikuti Kedah (82) dan Johor (59) dan beberapa negeri lain, kecuali Pahang, Negeri Sembilan dan Putrajaya, turut merekodkan kematian.

Sehingga semalam, terdapat 227,120 kes aktif Covid-19, termasuk 1,234 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 710 memerlukan alat bantuan pernafasan. Sebanyak 16,939 kes sembuh turut direkodkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here