Kanak-kanak meninggal dunia tercekik gula-gula jeli

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tercekik gula-gula jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar, Labuan.

Ketua Polis Labuan Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, mangsa sempat dikejarkan ke Hospital Labuan oleh ibunya, namun disahkan meninggal dunia.

“Mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas setibanya di bahagian kecemasan Hospital Labuan kira-kira jam 10 malam.

“Menurut ibunya, terdahulu mangsa telah meminta gula-gula dan terus memasukkannya ke dalam mulut, sebelum ibu kanak-kanak itu sedar dia sukar bernafas,” katanya di sini.

Muhamad Farid berkata, pihaknya masih lagi menyiasat kejadian tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here