Unit kondominium mewah di New York milik Jho Low, di Amerika syarikat dijual dengan diskaun yang tinggi.
Sebuah laporan oleh portal hartanah The Real Deal menunjukkan bahawa unit kondominium yang mempunyai dua bilik di Prince Street itu telah dibeli oleh syarikat liabiliti terhad yang tidak disebutkan namanya dengan jumlah AS$7.6 juta (RM33 juta).
Harga itu jauh lebih rendah berbanding AS$13.8 juta dibayar Jho Low ketika membeli kondominium itu pada 2014.
Laporan itu menunjukkan bahawa unit yang dimiliki Jho Low, mula-mula ditawarkan untuk dijual pada harga AS$9.9 juta pada bulan Julai yang lalu sebelum harga yang diminta dikurangkan menjadi AS$8.5 juta bulan lalu.