ramai masih berdegil balik kampung 2,539 kenderaan diarah patah balik

Orang ramai masih berdegil apabila sebanyak 2,539 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung, diarah berpatah balik semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan sudah dikeluarkan supaya tiada pergerakan rentas negeri dilakukan.

“Setiap hari saya mengulangi supaya jangan buat rentas negeri dan semalam, apabila saya umumkan supaya tiada lagi rentas negeri, mereka cuba mengambil kesempatan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here