Sudah menjadi kelaziman, orang ramai akan berpusu-pusu ke pasar pada hari terakhir Ramadan bagi membuat persiapan akhir Hari Raya Aidilfitri.
Keadaan lalu lintas dan pergerakan orang ramai di dalam pasar lebih terkawal.
Setiap pengunjung hadir diwajib melakukan pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup muka, selain perlu mengekalkan jarak sosial 1 meter antara satu sama lain.
Pengunjung hanya dibenarkan memasuki pasar tidak lebih 15 minit.
Semua pihak harus mengambil faham dengan normal baharu menyambut Aidilfitri pada tahun ini.
Sebanyak 214 peniaga beroperasi hari ini dan barangan yang dijual mematuhi arahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang diumumkan Menteri semalam.
Sementara itu, bagi pengunjung, mereka telah membuat perancangan awal sebelum datang ke pasar seperti menyenaraikan barangan yang hendak dibeli.
Aidilfitri tahun ini disambut dalam suasana normal baharu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.