Kluster depot tahanan imigresen: meningkat kepada 228 kes secara keseluruhan

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan kluster Covid-19 melibatkan depot tahanan imigresen (DTI) meningkat kepada 228 secara keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media sama melaporkan 112 kes daripada 172 kes jangkitan baru setakat 12 tengah hari tadi dikesan di DTI Sepang, Bukit Jalil, dan Semenyih.

Bagi Kluster DTI Sepang, 36 daripada 1,449 sampel yang diambil daripada Kluster DTI Sepang didapati positif.

Daripada jumlah tersebut, 29 adalah kes terbaru.

“540 kes negatif dan 873 sampel masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu dalam Kluster DTI Bukit Jalil, 126 daripada 1,536 sampel, melibatkan 1,422 tahanan dan 114 kakitangan, didapati positif.

“514 kes negatif dan 896 sampel masih menunggu keputusan.”

Bagi DTI Semenyih pula, 66 daripada 1,757 sampel, melibatkan 1,630 tahanan dan 127 kakitangan, didapati positif.

“753 kes negatif dan 938 sampel masih menunggu keputusan.”

Secara keseluruhan setakat ini, 227 kes positif dalam 3 kluster itu melibatkan warga asing:

*53 kes warganegara Bangladesh
*41 kes warganegara India
*38 kes warganegara Indonesia
*37 kes warganegara Myanmar
*28 kes warganegara Pakistan
*17 kes warganegara China
*4 kes warganegara Kemboja
*3 kes warganegara Nepal
*2 kes warganegara Sri Lanka
*1 kes warganegara Filipina
*1 kes warganegara Libya
*1 kes warganegara Mesir
*1 kes warganegara Syria

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here