5,814 nelayan pantai yang terjejas kerana PKP dapat bantuan

Seramai 5814 nelayan pesisir pantai di Pulau Pinang yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menerima sumbangan khas dari kerajaan negeri dalam bentuk ‘one-off’ sebanyak RM400 setiap nelayan semalam.

Malah bantuan khas kepada golongan nelayan terbabit merupakan salah satu insentif yang telah disediakan oleh kerajaan negeri melalui Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.0 yang berjumlah RM76 juta.

Menurut Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin, sumbangan yang diberikan juga merangkumi nelayan tidak berlesen seramai 681 orang.

“Nelayan yang tidak mempunyai lesen tersebut merupakan mereka yang telah disahkan oleh Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang serta juga Ketua Unit Persatuan Nelayan kawasan pengkalan masing-masing.

“Kerajaan negeri mempunyai hasrat untuk memodenkan industri perikanan di Pulau Pinang dengan melibatkan lebih ramai golongan muda sebagai nelayan.

“Bantuan khas tersebut akan diselesaikan agihannya sebelum menjelangnya Aidilfitri, manakala bagi nelayan yang berlesen dan mempunyai akaun bank, banfuan ini disalurkan melalui LKIM pada 20 Mei untuk diagihkan kepada para nelayan yang terlibat,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here