347,564 mati, AS terus tertinggi

ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan kenaikan hampir 1,000 kes dalam masa 24 jam dengan jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini 347,564 kes.

Jumlah keseluruhan yang dijangkiti kini melepasi 5.58 juta,

Menurut statistik dari Worldometers, tiga negara kini melepasi angka 30,000.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dengan 99,805 termasuk 505  kes terbaharu.

Negara Uncle Sam mencatatkan yang tertinggi dari segi jumlah kematian dan jumlah dijangkiti di dunia. Jumlah yang dijangkiti ialah 1.7 juta, termasuk 19,775 kes baharu.

United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan  36,914 dan 32,877 kes.

Manakala negara keempat dan kelima ialah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 28,432 dan 26,837 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif berdasarkan bilangan pesakit yang telah pulih.

Sebanyak 2,361,089 juta pesakit Covid-19 sembuh di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here