Jumlah kes dijangka naik hari ini,esok

Jumlah kes covid 19 terutamanya di depoh tahanan imigiresen dijangka bertambah hari ini dan esok Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun kes dijangka meningkat, namun rakyat tidak perlu risau kerana ia sudah dibendung sebaiknya.

“Kami masih menunggu keputusan. Ujian telah dilakukan, kami sekarang menunggu keputusan dalam tempoh 24 jam akan datang.

“Kami meramalkan hari ini, esok dan lusa, mungkin akan berlakunya peningkatan jumlah kes tapi apa yang penting, ia sudah dibendung.

“Mereka yang positif diasingkan dan dibawa terus ke hospital dan mereka yang negatif, kami asingkan mereka dan kuarantin mereka di tempat sesuai,” katanya dalam sidang media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here