7 Kenderaan Langgar , Warga Emas Maut

Nibong Tebal, Sep 11.
Seorang warga emas terbunuh dalam nahas jalan raya yang membabitkan tujuh buah kenderaan termasuk dua buah treler di sini, awal pagi tadi.

Warga emas yang meniggal itu adalah seorang wanita 76 tahun. Semasa kejadian kereta jenis Toyota Corolla yang dinaiki oleh wanita itu dalam perjalanan dari Taiping, Perak menuju ke Perlis untuk menghantar cucunya menyambung pengajian. Selain wanita berusia 76 tahun itu, turut berada dalam kereta terbabit ialah sepasang suami isteri berusia 54 dan 48 tahun serta dua anak mereka yang berusia 19 dan 22 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Ng Ah Tiam berkata kesemua mereka mengalami cedera parah dengan pemandu kereta iaitu lelaki yang berusia 54 tahun itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini. Sementara itu, tambah beliau, isterinya serta kedua-dua anak pasangan itu dikejarkan ke Hospital Parit Buntar (HPB), Perak untuk rawatan lanjut.

Turut mengalami cedera parah dan dikejarkan ke HPB ialah pemandu lori treler berusia 24 tahun yang membawa muatan kayu. Pada masa sama, dua lagi mangsa turut mengalami cedera ringan iaitu penumpang kereta Perodua Bezza iaitu wanita berusia 24 dan 44 tahun, katanya ketika dihubungi di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here