Tarikan pokok Baobab 149 tahun

Sesiapa yang melalui persimpangan antara Jalan Residensi dan Jalan Macalister di sini, akan terpegun melihat keunikan sebatang pokok yang berusia 149 tahun masih berbuah.

SESIAPA yang melalui persimpangan antara Jalan Residensi dan Jalan Macalister di sini, akan terpegun melihat keunikan sebatang pokok yang berusia 149 tahun masih berbuah.

Adansonia digitatatergolong dalam keluarga Malvaceae. Pokok warisan itu dipercayai ditanam oleh seorang pegawai tentera British yang dikenali sebagai Kapten Tristran CS Speedy pada 1871. Pokok ini banyak terdapat di Benua Afrika dan terkenal di dunia kerana merupakan spesies unik selain dikatakan boleh hidup beribu tahun. Pokok Baobab berbentuk rembang, bunganya putih terjuntai dan buahnya berbulu, ia sangat terkenal di Afrika untuk dijadikan minuman berkhasiat selain usianya yang panjang dan boleh hidup selama 2,000 tahun.

Batang bonggol menjadi berlubang di tengahnya apabila usianya meningkat dan dapat menakung 5,000 liter air manakala Orang Asli Afrika menggunakan lubang pokok itu sebagai ruang penyimpanan.Pokok Baobab itu kini berbuah dan menjadi tarikan orang awam yang melalui kawasan berkenaan, malah dipercayai merupakan pokok tunggal di negara ini.

POKOK Baobab ini dipercayai boleh hidup selama 2,000 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here