Bayi perempuan ditemui berbungkus kain putih di perumahan Johor Baharu

Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan berbungkus dalam kain putih di kawasan perumahan Jalan Sentosa, Kampung Dato Onn,johor baharu di sini, semalam.

Menurut Polis Daerah Johor Baharu Selatan dalam hantaran di laman Facebook rasminya, bayi yang cukup sifat itu ditemui dalam keadaan baik di hadapan rumah seorang penduduk di situ pada pukul 8.30 pagi.

“Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan menerima panggilan daripada lelaki berkenaan yang memaklumkan telah menjumpai bayi perempuan di hadapan kawasan sekitar rumahnya.

“Bayi tersebut dianggarkan berusia kurang dari tempoh 24 jam dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu lagi.

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Polis dalam kenyataan itu turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Adila Zainuddin di talian 019-4039257 atau 07-2182222.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here