Covid-19: Menteri kesihatan jumpa MB selangor

Dato’ Menteri Besar Selangor mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bagi membincangkan usaha mencegah penularan Covid-19.

Setiausaha Sulit kepada Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pertemuan di Kediaman Rasmi Menteri Besar tengah hari semalam turut dihadiri EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud, kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri.

“Perbincangan adalah berkaitan usaha menangani penularan wabak Covid-19 di Selangor. Selain itu, perbincangan turut menyentuh kerjasama Kerajaan Negeri dan KKM dalam penyesuaian norma baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” kata Borhan Aman Shah dalam kenyataan media.

Sehubungan itu, Borhan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjong Sepat menafikan sekeras-kerasnya, dakwaan bahawa terdapat pertemuan sulit di antara Dato’ Menteri Besar dengan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here