Cetus pencemaran-Kilang didenda RM30,000

Melaka, Jul-

Sebuah kilang pemerolehan kembali buangan terjadual, Malacha Sdn Bhd didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi syarat lesen Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka.

Pengarah JAS negeri, Rosli Mustafa, berkata tindakan penguatkuasaan dibuat hasil siasatan pihaknya di premis kilang berkenaan, antara 11 pagi hingga 12.40 tengah hari, 12 Disember 2024.

Menurutnya, ia susulan dua aduan awam berkaitan pencemaran air dan bau tidak menyenangkan dari premis syarikat berkenaan di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, di sini.

Pertuduhan terhadap syarikat dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, dibaca bersama Seksyen 16(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16(2) akta sama.

“Hasil siasatan pegawai penguat kuasa JAS mendapati pelepasan efluen perindustrian di takat pelepasan akhir kilang terbabit gagal mematuhi had pelepasan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here