Pastikan pasar terbuka bersih

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menilai tahap kebersihan dan kemudahan infrastruktur ke atas lebih 70 kawasan penjajaan dan pasar-pasar terbuka di sekitar ibu kota sebelum dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, mana-mana kawasan penjajaan dan pasar terbuka yang didapati kotor dan fasiliti rosak akan diberi masa selama dua minggu untuk kerja-kerja pembersihan dan pembaikan.

“Kalau boleh DBKL keluarkan bajet untuk meletakkan lapisan baharu jalan-jalan berlopak dan rosak, bersihkan longkang-longkang tersumbat, betulkan dulu mana-mana yang perlu di sekitar kawasan penjajaan itu.

“Selain itu, susun gerak, susun atur kerusi meja perlu ada jarak sosial supaya kawasan itu tidak bersesak-sesak apabila ramai pengunjung, serta gerai-gerai, payung dan kerusi meja mestilah bersih dan elok sesuai dengan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here