Tiada alasan untuk terima kekalahan kepada Fiorentina – Ronaldo

CRISTIANO Ronaldo berkata tiada alasan di sebalik kekalahan 3-0 Juventus di laman sendiri kepada Fiorentina tetapi optimis juara Serie A itu akan bangkit pada tahun hadapan.

Gergasi Turin itu mengalami kekalahan terbesar sejak berpindah ke Stadium Allianz sembilan tahun yang lalu ketika Viola melakar kejutan semalam.

Juve sudah ketinggalan selepas Dusan Vlahovic membuka jaringan ketika Juan Cuadrado dilayang kad merah selepas perlawanan melewati minit ke-18 kerana melakukan terjahan terhadap Gaetano Castrovilli.

Jaringan sendiri Alex Sandro dan sentuhan mudah Martin Caceres melengkapkan kemenangan Fiorentina, menyaksikan skuad kendalian Andrea Pirlo kini ketinggalan tujuh mata di belakang Milan dan menghuni tangga keempat.

Ronaldo mengetahui persembahan mereka tidak dapat diterima dan mahu The Bianconeri kembali bangkit bagi baki saingan.

Menerusi Instagram, Ronaldo berkata, “Semalam, dengan persembahan yang hambar dan keputusan yang tidak dapat diterima. Kami menamatkan 2020, tahun istimewa dengan pelbagai situasi. Stadium kosong, protokol-protokol Covid, perlawanan yang ditunda, berehat panjang dan jadual padat.

“Tetapi ini bukan alasan untuk apa-apa. Kami mengetahui perlu memberikan lebih lagi, untuk beraksi dengan cemerlang anda perlu kekal konsisten. Kami adalah Juventus! Dan tidak mudah untuk menerima kurang daripada beraksi cemerlang di atas padang!”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here