Penjawat Awam Selangor Terima Bantuan Khas Kewangan Hari ini

Bantuan khas kewangan sebanyak RM18.5 juta disalurkan kepada penjawat awam Selangor hari ini sebagai menghargai usaha menangani Covid-19, kata Dato’ Menteri Besar.

“Bantuan ini turut meliputi kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun negeri dan anak syarikat Kerajaan Negeri,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari melalui Facebooknya.

Pada 15 Mei lalu, Amirudin mengumumkan bantuan RM1,000 sekali bayar kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah yang akan disalur bermula 9 Jun.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Negeri tidak termasuk dalam bantuan ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here