Sebuah video yang menunjukkan gelagat tiga pemuda merompak kedai emas dengan santai sambil mematuhi SOP Covid-19 yang ditetapkan.
Dalam video tersebut mereka bertiga dilihat memakai pelitup muka sambil mencuci tangan dengan cecair sanitasi sebelum mengeluarkan pistol masing-masing dan mengacukannya kepada pemilik kedai dan orang sekeliling.
Insiden rompakan ini berlaku di Aligarh pada 2 petang.
Tiada siapa menyangka mereka datang untuk merompak.
Mereka masuk dengan penuh santai dan tertib malah turut mencuci tangan apabila di ulurkan cecair sanitasi tangan.
Apabila melihat mereka bertiga mengeluarkan pistol semua penghuni kedai tergaman seketika dan ketika itu salah seorang daripada mereka mula mengumpul emas dan memasukkannya ke dalam beg.
Mereka dikatakan berjaya membawa lari barangan sekitar Rs40 lakh (RM224,665).
Sepanjang kejadian rompakan itu, yang mengambil masa kurang seminit, tiga pelanggan yang terlebih dahulu berada di kedai itu, tidak berani bergerak dan hanya memerhati gelagat tiga perompak itu.
Pihak polis datang ke premis itu sebaik sahaja menerima aduan memberitahu melalui bantuan rakaman CCTV, usaha mereka menjejak tiga perompak ini menjadi lebih mudah.
Sebahagian besar warga maya yang melihat video ini bersimpati dengan pemilik kedai tersebut dan ada juga yang melihat insiden itu sebagai melucukan gara-gara telatah tiga perompak yang begitu akur dengan SOP Covid-19.