PARTI APA AKU DAPAT Mahathir cadang tubuh parti baru

Dengan sikap sinisnya yang tipikal, bekas Perdana Menteri yang kecewa, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan penubuhan PAAD.

Parti yang beliau maksudnya, secara sinikal ialah ‘Parti Apa Aku Dapat’ sebagai kritikan terhadap tindakan kepemimpinan perdana menteri Tan Sri Mahyuddin Yassin yang melantik ahli parlimen dan pemimpin politik ke jawatan tertentu.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu Parti Apa Aku Dapat itu ditubuhkan dengan tujuan hanyalah untuk memperkaya orang Melayu yang belum mendapat apa-apa.

Dr. Mahathir berkata, cara untuk memperkayakan orang Melayu dalam parti Apa Aku Dapat tersebut adalah dengan melantik mereka sebagai pegawai dalam badan-badan yang akan ditubuhkan.

Badan itu khusus untuk memenuhi hasrat memberi pendapatan yang lumayan kepada mereka yang belum mendapat apa-apa dan yang ingin dapat banyak lagi.

Ahli Parlimen Langkawi itu pernah menjadi presiden parti UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Pengerusi Bersatu itu berkata, banyak orang Melayu suka untuk menubuhkan parti baharu. 

Menurut Dr Mahathir tujuan penubuhan parti itu adalah untuk  memperkaya orang Melayu yang belum dapat.apa-apa jawatan dan sebagainya.

“Jemputan: Siapa yang belum dapat boleh buat permohonan untuk jadi ahli, atau Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan lain-lain. Yuran: Tidak perlu.,” kata Mahathir dalam coretan ringkas di Facebooknya pagi ini.

Tulisan itu dipercayai menyindir beberapa pihak yang dahulunya menyokong Pakatan Harapan kini beralih kepada Perikatan Nasional.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here