MPK: 24 pasar malam, lima pasar pagi dibenar operasi berperingkat

Majlis Perbandaran Klang (MPK) membenarkan 24 pasar malam dan lima pasar pagi beroperasi secara berperingkat mulai 15 Jun ini, kata pengarah komunikasi korporatnya.

Norfiza Mahfiz berkata kriteria pemilihan bagi pembukaan kedua-dua pasar tersebut adalah berdasarkan tempat yang kurang atau tiada aduan daripada orang awam dan memiliki kelengkapan logistik.

“Hari berniaga mengikut penggiliran nombor petak pertama dalam permit sama ada nombor petak ganjil atau genap. Pegawai MPK akan menentukan hari dibenarkan berniaga.

“Sebagai contoh nombor ganjil dibenarkan berniaga pada minggu pertama dan ketiga manakala minggu kedua dan keempat bagi petak nombor genap, ” katanya dalam kenyataan.

Norfiza berkata bagi pasar yang dibenarkan operasi minggu ini adalah peniaga mempunyai petak nombor ganjil dan mereka akan berniaga dari jam 5 petang hingga 10 malam (pasar malam) dan 6 hingga 11 pagi (pasar pagi).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here