Kuala Lumpur, Nov-
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari hadapan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pihak syarikat konsesi sedang dalam proses memuktamadkan reka bentuk projek berkenaan sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan fizikal di tapak.
Kelewatan ini adalah disebabkan oleh pertukaran pemegang saham yang baru sahaja dimuktamadkan. Berdasarkan Perjanjian Konsesi, tempoh pembinaan pelebaran Lebuhraya KLK adalah selama empat tahun dan dijangka siap pada tahun 2029,” katanya pada sesi soal jawab hari ini.

























